BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

PUISI KU

I love writing.. I also know that my witing is not good as others.. sekadar untuk menyalurkan bicara minda..

GETARAN INI


 
Pada pandangan mata
Ku susupkan rindu yang manis
Pada sekilas senyum
Ku selitkan kasih yang harum

Getaran yang sentiasa mengusik
Aku lemah
Kerana lebih dan kurangnya sebagai manusia
Kerana lebih dan kurangku sebagai manusia
Maka hati terbuai merasa
Getaran indah yang hanya mimpi
Dibalik renungan mata
Dibalik susun bicara
Tundukku dalam pasrah
Bahawa ada ketikanya
Kita tersentuh
Kita terpaut
Pada takdir yang telah menganugerahkan


Pun jua,
Getaran hanya akan ku rasa
Tak mungkin aku membelainya
Suratan kita tidak sezaman
Ku sembunyi getaran ini
Dibalik kata setia dan janjiku
Biarlah ia berdetik di dalam dada
Meniupkan semangat kala berduka


2010